Pelajar Kolej Komuniti Tampin perlu membuat pesanan rider untuk menghantar makanan ekoran kedudukan kedai makan atau serbaneka yang agak jauh dari rumah sewa mereka. - Janaan AI

Luahan pembaca: Medan selera jauh dari Kolej Komuniti Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara pengarang,

Hasrat kerajaan untuk memperkasakan TVET sangat dihargai. Salah satu kolej atau pusat pengajian yang mengetengahkan program itu ialah Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Syukur anak saya diterima masuk ke kolej tersebut untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Bagaimanapun, selepas diperhatikan medan selera atau kedai serbaneka untuk membeli barangan keperluan agak jauh dari rumah sewa pelajar.

Umum mengetahui bahawa pelajar perlu berjimat cermat ketika belajar.

Ekoran kedudukan kedai makan atau serbaneka yang agak jauh, mereka perlu membuat pesanan rider dan ia menambahkan kos setiap hari.

Ibu bapa pula bukan setiap minggu dapat ke sana ekoran kekangan yang dihadapi. Pelajar pula bukan semuanya ada kenderaan untuk ke kedai berdekatan. Mungkin pada masa hadapan, pihak berkaitan dapat memperhalusi isu ini.

Penjaga prihatin,
Kuala Pilah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN