PETALING JAYA – Penjenayah seksual kanak-kanak sering memanipulasi emosi mangsa dengan pelbagai helah seperti ugutan, pujukan, termasuk menggunakan kasih sayang atau hadiah bagi ‘menjinakkan’ mangsa secara perlahan-lahan. Pakar Kriminologi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Zalmizy Hussin berkata, lebih membimbangkan, sebahagian besar kes lambat dilaporkan kerana mangsa berasa takut, malu atau terikat secara emosi terutama apabila pelaku adalah ahli keluarga sendiri. “Bila keluarga sendiri minta ‘tutup kes untuk jaga nama baik’, mangsa akan terus menderita secara senyap. Ini realiti pahit dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

