fbpx

UCL bakal lengkap gelaran trebel PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG menepati ramalan apabila merangkul trofi kedua selepas mempertahankan gelaran Piala Perancis menewaskan Reims. - AFP

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique percaya pasukannya berada pada landasan terbaik untuk menjulang gelaran trebel selepas menjuarai Piala Perancis dengan menewaskan Reims 3-0 di pentas final awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Les Parisiens tidak mempunyai masalah untuk mendakap trofi kedua dalam saingan musim ini selepas menjulang Ligue 1 hasil jaringan berganda Bradley Barcola dan Achraf Hakimi.

Kata Enrique, keputusan tersebut menaikkan motivasi pasukan untuk terus meraih keputusan positif menjelang aksi final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Inter Milan pada saingan pada awal pagi Ahad nanti.

“Ini adalah perlawanan sengit yang saya anggap seperti pemanas badan. Fokus utama pasukan adalah untuk melakukan persiapan terbaik pada aksi final UCL minggu ini.

“UCL adalah trofi utama yang jadi buruan kerana kita mahu mencipta sejarah selepas tidak pernah menang sebelum ini. Selain itu, kita juga mahu buktikan bahawa pasukan mampu menyerap tekanan untuk dilabel kelab terbaik Eropah,” katanya.

Mengulas lanjut, Enrique mengakui berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh barisan pemain sepanjang musim untuk melakar kejutan sehingga berjaya ke tahap ini.

“Kita sudah mendakap tiga trofi pada tahun ini termasuk Piala Sumbangsih Perancis. Sekarang kita masih perlu harungi satu lagi perlawanan yang sangat penting dan saya harap pemain bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI