fbpx

Kapal nelayan tempatan ditahan bersama 12 kru warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
2. ANTARA kru kapal warga asing yang ditahan dalam operasi Maritim Malaysia di barat laut Pulau Tioman di Rompin.

ROMPIN – Tindakan pemilik kapal nelayan tempatan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah membawa padah apabila kapal berkenaan dirampas dalam operasi yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) kira-kira 7.5 batu nautika di barat laut Pulau Tioman di sini kelmarin.

Dalam operasi itu kesemua 21 kru kapal termasuk tekong yang merupakan warga asing turut ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, kapal nelayan berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan operasi penguatkuasaan Op Makmur dan Op Tiris kira-kira pukul 9.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat seramai 21 kru di atas kapal berkenaan yang terdiri daripada dua kru warganegara Thailand termasuk tekong, 12 kru warga Kemboja dan tujuh kru warga Laos yang berumur antara 20 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan kesemua kru didapati memiliki dokumen pengenalan diri meragukan,”katanya di sini hari inio.

Tambahnya, turut dirampas dalam operasi tersebut ialah peralatan menangkap ikan, dokumen berkaitan serta hasil laut dianggarkan seberat tujuh tan metrik.

Menurut Mazlan kapal dan semua barang rampasan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI