fbpx

Pemandu lori sampah meninggal dunia ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori terbabit meninggal dunia di tempat kelindan ketika sedang bertugas di Cyberjaya semalam.

PUTRAJAYA – Seorang pemandu lori sampah ditemui maut di tempat kelindan ketika sedang bertugas di Jalan Cottage Walk, Cyberjaya, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar pukul 10.45 pagi.

Beliau berkata, anggota dari Balai Polis Cyberjaya dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersandar ditempat duduk hadapan kelindan.

“Mangsa berusia 69 tahun dan juga seorang pemandu lori sampah. Siasatan mendapati, tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Patologi Hospital Cyberjaya untuk bedah siasat.

Norhizam berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi susulan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI