fbpx

Umur 70 tahun baru boleh dapat pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail dua pekerja bekerja di makmal Hospita Bispebjerg milik kerajaan di Copenhagen. - Foto AFP

COPENHAGEN – Parlimen Denmark meluluskan rang undang-undang meningkatkan usia persaraan kepada 70 tahun tahun menjelang 2040, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Susulan kelulusan itu, negara itu dijangka mempunyai umur persaraan paling tinggi di Eropah.

Sejak 2006, Denmark menyemak had umur persaraan setiap lima tahun sekali. 

Pada masa ini umur persaraan di negara itu ialah 67 tahun tetapi akan meningkat kepada 68 tahun pada 2030 sebelum 69 tahun pada 2035.

Umur persaraan pada 70 tahun tu akan ditetapkan kepada semua penduduk yang lahir selepas 31 Disember 1970.

Undang-undang baharu itu diluluskan pada Khamis lalu dengan 81 undi menyokong dan 21 undi menentang.

Seorang pekerja atap berusia 47 tahun, Tommas Jensen memberitahu media Denmark bahawa perubahan itu tidak munasabah.

“Saya telah membayar cukai saya sepanjang hidup saya. Perlu juga ada masa untuk bersama anak dan cucu,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI