fbpx
MUHAMMAD AZMAN memberi makan lembu ternakannya di Kampung Jelapang, Setiu semalam.

Daging tempatan lebih pejal, kurang berlemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Biarpun mendapat persaingan hebat daripada lembu import dari negara jiran, lembu baka tempatan tetap mendapat sambutan bagi ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang tidak lama lagi.

Seorang penternak lembu baka tempatan, Muhammad Azman Mohd. Zain, 32, berkata, permintaan tempahan ternakannya untuk dijadikan haiwan korban mula meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 40 ekor lembu baka tempatan yang dibelanya sudah ditempah untuk dijadikan haiwan korban.

“Tempahan itu lebih tinggi berbanding 30 ekor pada tahun lalu. Saya jangka akan terima beberapa tempahan lagi menjelang dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Haji.

“Seekor lembu baka tempatan dijual antara RM3,000 dan RM5,000 mengikut saiz, manakala satu bahagian pula berharga antara RM500 dan RM700,” katanya ketika ditemui di kandang lembunya di Kampung Jelapang, di sini semalam.

Dia mengakui, kebiasaannya lembu yang diimport dari negara jiran lebih menjadi pilihan bagi ibadah korban kerana harga yang lebih murah.
Begitupun beliau berkata, ramai pelanggannya kembali memilih lembu baka tempatan yang dianggap lebih berkualiti dan ­ideal untuk dijadikan haiwan korban.

“Mereka kata daging lembu tempatan lebih pejal dan kurang berlemak sesuai dengan hikmah ibadah korban dituntut agama.

“Kualiti lembu baka tempatan lebih baik ekoran corak pemakanan dan tempoh penjagaannya,” katanya.

Muhammad Azman berkata, lembu tempatan biasanya lebih diberi makan rumput berban­ding lembu import hanya dedak semata-mata.

Katanya, ia menyebabkan lembu import yang dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan ibadah korban kurang digemari dikatakan cepat kurus ekoran penjagaannya yang singkat.
“Lembu baka tempatan juga lebih terjamin kesihatan dan keselamatan kerana menepati semua syarat ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN