fbpx

Berebut beli kek tiramisu macam beli roti zaman PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelanggan beratur ke kaunter bayaran selepas melihat lori stok tiba di sebuah kafe terkenal.

PETALING JAYA – Pelanggan di sebuah kafe terkenal sanggup berlari ke arah kaunter bagi mendapatkan kek tiramisu viral sebaik sahaja mereka melihat lori yang menghantar bekalan makanan itu muncul di hadapan kedai.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @suprise.daisy, gelagat pelanggan yang berlari untuk beratur di kaunter bayaran itu mencuit hati pengguna media sosial.

“Demi sepotong kek tiramisu, mereka sanggup tunggu hingga lori stok sampai,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai terhibur dengan gelagat setiap pelanggan yang cuba untuk mendapatkan kek tiramisu yang begitu laris di pasaran.

“Macam menunggu lori roti semasa zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula,” komen @Mal.

“Comel je semua.. semua pelanggan itu memang berkawan ke atau kenal sebab lepak tunggu kek tiramisu juga?,” komen @queefties.

“Comel sahaja semua pelanggan itu, semua macam tengah beratur nak ambil air milo lori pula,” komen @eva. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI