fbpx

Mahu berhenti kerana tiada kawan di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kesunyian disebabkan tidak mempunyai rakan di tempat kerja yang dialami seorang individu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Bercerita menerusi platform NGL kepada akaun @Ammarfaris, individu itu meluahkan rasa dia memerlukan semangat untuk terus bekerja selain menyatakan niat untuk berhenti meskipun tiada masalah dari segi gaji, majikan, tempat tinggal dan lain-lain.

“Tolong motivate (beri dorongan) kepada aku, gaji not bad (boleh tahan), rumah dekat (tempat kerja), majikan baik. Satu sahaja, aku tiada kawan rapat di sini.

“Makan tengah hari seorang diri, kalau tertekan pun meroyan seorang diri. Aku tak sangka bila tiada kawan ini lagi kuat rasa nak resign (letak jawatan),” luahnya.

Rata-rata netizen menyifatkan individu itu sebagai tidak menghargai ‘kelebihan’ yang dimiliki kerana ia menjadi impian setiap pekerja.

“Dalam erti kata lain, selalu bersyukur. Jangan fikir apa yang kita tidak dapat sahaja. Fikir juga perkara yang kita ada, dalam masa sama fikir perjalanan kita nak dapat yang kita ada sekarang macam mana. Jadi bersyukur,” kata @Haziqhiyatullah.

Luahan seorang individu di platform NGL mengenai suasana di tempat kerja.

“Circle (sekeliling) kita tidak akan bertahan lama. Kalau kau letak jawatan sebab tiada kawan kau rugi sebab yang kau ada itu, beribu orang nak tapi bukan rezeki,” balas @Ujangkhairullah.

Sementara itu, ramai yang berpandangan masalah dihadapi individu berkenaan tidak terlalu besar dan mencadangkannya supaya melakukan aktiviti yang tiada kaitan dengan tempat kerja.

“Kawan boleh cari, pergi masjid, gim, bersenam boleh ‘cipta’ kawan-kawan, tetapi bos baik, gaji baik, tempat tinggal dekat, belum tentu boleh dapat. Ada kawan pun dapat yang jenis toksik pun tiada guna. Jadi baik tak berkawan janji hidup sejahtera,” ujar @Syafiqsafwan.

“Pergi join (sertai) program di luar. Banyak program seperti berkhemah, unggun api, sukan. Saya ini lebih minat seorang (suka melakukan aktiviti solo), itu yang berlatih tinju seorang diri di rumah,” balas @Ajai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI