fbpx

‘Kuat makan, tertanya-tanya betul ke ada bayi dalam perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watie mendedahkan dia sememangnya kuat makan sebelum disahkan hamil, namun keguguran tidak lama kemudian.

PETALING JAYA – “Ketika itu memang melantak macam-macam sebab saya tiada apa-apa alahan.”

Demikian perkongsian isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah yang memberitahu tidak mengalami sebarang alahan ketika hamil anak pertama sebelum disahkan keguguran, baru-baru ini.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, selera makannya ketika mengandung sangat kuat sehingga membuatkan dirinya tidak menyangka sedang hamil.

“Masa saya rancang mahu mengandung, saya berdiet dari 68 kilogram (kg) ke 60kg. Ngam-ngam berat capai 60kg, saya dapat tahu mengandung.

“Tetapi waktu itu saya asyik melantak macam-macam sebab langsung tiada alahan.

“Saya pun tertanya-tanya betul ke ada bayi dalam perut sebab saya kuat makan, kuat berjalan juga,” katanya menerusi hantaran Instagram Story.

Dalam masa sama, Watie turut mengakui lebih suka jika dirinya mengalami alahan ketika mengandung kerana sekurang-kurangnya ada petanda bahawa dirinya berbadan dua.

“Tetapi bagi saya lagi ‘best’ (seronok) sebenarnya ada alahan ini, sekurang-kurangnya dia bagi kita petanda yang ‘dia’ ada dalam perut kita.

“Dia bagi kita petanda untuk kita duduk rehat dekat rumah diam-diam,” katanya.

Sebelum ini, Watie memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada 11 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI