fbpx

Serie A: Conte geram Napoli ‘banyak main’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAPOLI terpaksa menunggu sehingga aksi terakhir Serie A untuk mengesahkan kejuaraan selepas gagal meraih kemenangan ke atas Parma awal pagi tadi. - Foto ihsan Facebook Napoli

PARMA – Pengendali Napoli, Antonio Conte mengakui pening kepala selepas pasukan gagal mengesahkan kejuaraan Serie A lebih awal selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu Parma pada aksi awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gli Azzurri boleh mengesahkan status juara musim ini jika meraih tiga mata penuh selepas pencabar terdekat, Inter Milan meraih keputusan seri 2-2 bertemu Lazio.

Namun, situasi tersebut menyaksikan Napoli terpaksa menunggu pada hari terakhir perlawanan minggu ini untuk mengesahkan trofi Scudetto kerana memiliki kelebihan satu mata berbanding Inter selepas mengharungi 37 perlawanan.

Kata Conte, apa yang diharungi sepanjang musim ini cukup memenatkan kerana setiap keputusan sukar untuk diramal.

“Saya rasa ini adalah musim yang paling sukar dalam karier saya. Kita sangat hampir untuk mengesahkan kejuaraan pada aksi kali ini jika dapat menjaringkan gol tetapi ia gagal dilakukan.

“Banyak perubahan yang telah saya buat untuk memastikan pasukan dapat berada hingga ke tahap ini kerana kita tidak memiliki ramai pemain seperti kelab lain.

“Cuma, saya mahu ambil pendekatan lebih positif kerana peluang kita lebih cerah kerana aksi terakhir nanti akan berlangsung di laman sendiri,” kata Conte yang pernah membimbing Juventus dan Inter untuk menjulang trofi Serie A sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI