fbpx

NES sasar tembusi pasaran Amerika Utara, Timur Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tee (dua dari kanan) dan Pengasas Skinrock AG, Uelli Stiffler (dua dari kiri) memeterai MoU di kilang baharu NES di Meru, Klang, Selangor baru-baru ini. - ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – NES Security Door Marketing Sdn. Bhd. (NES) bercadang melebarkan sayap pasaran eksportnya bagi keluaran pintu keselamatan kediaman ke Amerika Utara dan Timur Tengah.

Misi ini bakal dicapai melalui pembukaan kilang baharu syarikat pengeluar tempatan berkenaan di Kawasan Perindustrian Meru Barat, Meru di sini baru-baru ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NES, Datuk Seri Dom Tee berkata, kilang yang beroperasi sejak November tahun lalu itu meningkatkan kapasiti pengeluaran produk daripada 800 kepada 2,000 unit sebulan.

Menurut beliau,  perluasan pasaran eksport kini semakin berkembang dan syarikat merangka pelan untuk  menyasarkan pasaran Taiwan, Filipina dan Australia pada tahun ini.

“Syarikat turut merancang untuk memperluaskan pasaran ke negara di Amerika Utara, Timur Tengah dan Asia Selatan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu, NES memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pelopor teknologi venir batu semula jadi dari Switzerland, Skinrock AG dengan disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hanafi Sakri.

Menurut Tee, kerjasama itu antara strategi jangka panjang syarikat bagi menghasilkan produk berasaskan reka bentuk, teknologi dan bahan unik.

“Kami bukan sekadar menghasilkan pintu berkualiti tinggi malah sedang membina jenama yang mampu bersaing di peringkat global.

“Inivasi venir akan diperkenalkan dalam rangkaian produk baharu NES sekali gus menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara menggabungkan unsur batu semula jadi ke dalam pintu keselamatan,” ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya turut berhasrat untuk disenaraikan secara awam menjelang 2028 dengan sasaran penilaian pasaran berjumlah RM400 juta. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI