fbpx

Santai atas tilam di lereng tinggi hampir 100 meter 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita sedang berehat di lereng di wilayah Henan, China. - Jam Press

BEIJING – Sebuah tarikan pelancongan baharu di China membenarkan pengunjung tidur di atas tilam yang terletak di sebuah lereng pada ketinggian lebih 97.53 meter, lapor akhbar New York Post semalam. 

Dikenali sebagai Cliff Bed Experience, katil itu terletak di Taman Negara Hutan Mangshan di bandar Chenzhou, wilayah Henan. 

Tarikan itu menawarkan orang ramai untuk berehat di atas papan kayu beralaskan tilam angin, selimut dan dua bantal. 

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang wanita sedang merentangkan tangannya dengan berlatarbelakangkan pemandangan bukit dan hutan. 

Meskipun tarikan altitud tinggi itu menyediakan tilam, pengunjung hanya dibenarkan untuk berehat dan bukan tidur. 

Pengunjung berusia antara 14 hingga 18 tahun perlu ditemani orang dewasa, manakala mereka yang memiliki berat 99.7 kilogram dan ketinggian bawah 137 sentimeter tidak dibenarkan mencubanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI