fbpx

Skuad boling wanita buru gelaran PWBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATASHA berharap dapat menjuarai saingan PWBA sebelum melabuhkan kariernya pada masa hadapan.

SELEPAS dinobatkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024, skuad tenpin boling negara tidak menunggu lama untuk menyambung misi lebih besar iaitu memburu kejuaraan Jelajah Profesional Wanita (PWBA) di Amerika Syarikat (AS).

Skuad yang dibarisi Natasha Roslan, Sin Li Jane, Nur Syazwani Sahar, Faten Najihah Ahmad Faik, Gillian Lim dan Nora Liyana Natasia Norkamal kini berada di AS menghadapi salah satu siri profesional berprestij dunia.

“Alhamdulillah, kami semua sangat bersyukur dan terharu dengan pengiktirafan ASN ini. Ia bukan saja pencapaian untuk pasukan, tapi bukti terhadap segala latihan dan semangat berpasukan kami sepanjang tahun,” kata Natasha.

Natasha yang kini antara tonggak utama skuad negara, turut menyasarkan kejuaraan peribadi pertamanya di PWBA sebelum menamatkan karier.

“Saya memang ada sasaran untuk dapat satu gelaran PWBA. Sekarang saya dah ada semua kecuali Sukan Asia dan PWBA. Jadi, sebelum bersara, ini memang matlamat saya,” katanya.

Mengulas peluang Malaysia di PWBA, Natasha optimis prestasi terkini mereka memberi keyakinan untuk mencabar kedudukan podium.

“Kita baru menang Kejuaraan Dunia, jadi peluang memang cerah. Kita tahu jarak sejak 2018 agak lama, jadi kami lebih bersedia. Semangat kami terhadap sukan ini buat kami sanggup keluarkan dana sendiri untuk bertanding,” ujarnya.

Olahragawati Kebangsaan 2023 itu turut menyentuh kemungkinan beraksi dalam dua kejohanan besar tahun ini iaitu Sukan SEA Thailand 2025 dan Kejohanan Dunia sekiranya terpilih dalam skuad akhir.

“Saya nak wakil dua-dua kalau boleh, tapi bergantung kepada keputusan jurulatih dan pemilihan nanti. Tapi 2025, saya nak cuba pertahan gelaran juara dunia,” tambahnya.

Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan diberikan selepas kejayaan konsisten mereka dalam beberapa pentas utama termasuk Kejohanan Dunia sekali gus memperkukuh reputasi Malaysia sebagai kuasa besar sukan boling antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI