PELIK sungguh Diva dengan sikap segelintir individu yang mengecam vokal anak dara Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah, Thalita apabila didakwa tidak seperti arwah ibunya.
Ini susulan kemunculannya pada Konsert Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini. Thalita yang diiringi petikan piano penyanyi dan komposer Ajai menyampaikan lagu popular Allahyarham ibunya berjudul Kesetiaan.
Video berkenaan memaparkan anak gadis sunti berusia 12 tahun itu beraksi sepenuh hati. Tapi ada netizen meninggalkan komen negatif bahawa bakat nyanyian ibunya tidak diwarisi selain tidak semerdu Siti Sarah.
Geram pula Diva baca. Nama pun masih budak, baru belajar menyanyi di bawah guru profesional. Kenalah bagi masa. Lagipun sedap atau tidak vokalnya itu bergantung kepada penerimaan orang yang mendengar. Apa pun dalam ruangan komen ramai yang memuji.
Diva: Ella sememangnya Rock Queen! Buktinya, sesak Arena Of Stars malam tadi sempena Ella USA 30th Anniversary Concert!