fbpx

Penghuni cemas tiga rumah terbakar di Nibong Tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di Jalan Kampung Stesen, Nibong Tebal, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Penghuni di tiga buah rumah di Jalan Kampung Stesen, Nibong Tebal di sini terpaksa mengharungi detik cemas apabila kediaman mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.18 malam itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa apabila kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum api menjadi lebih marak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kejadian berlaku dan operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B dan telah merebak ke dua buah rumah bersebelahan.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran bagi rumah pertama adalah sebanyak 80 peratus, rumah kedua (60 peratus) dan rumah ketiga (40 peratus).

“Komander operasi telah membuat ‘size up’ serta operasi pengawalan dan pemadaman dilakukan dengan kaedah ‘offensive’ dan ‘defensive’,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Forensik Bomba untuk tindakan selanjutnya termasuk mengenal pasti punca kebakaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI