fbpx

Orang awam bantu padam api Honda Goldwing terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda Goldwing GL yang terbakar pada bahagian enjin di Jalan Dato Keramat, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Goldwing GL daripada musnah terbakar keseluruhannya dalam kejadian di Jalan Dato Keramat di sini, pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11.22 pagi itu dikatakan sempat dipadamkan sekumpulan orang awam sebelum kehadiran pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kebakaran melibatkan sebuah motosikal.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak yang diketuai Komander Operasi, Nor Azman Abdullah Sani.

“Pasukan bomba bergerak ke lokasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) setelah selesai melakukan latihan kebakaran.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Goldwing GL dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 20 peratus pada bahagian enjin.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian. Kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan pasukan bomba bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, Komander Operasi turut melaporkan kebakaran yang berlaku tidak melibatkan mangsa dan asukan Penyiasat (FIO) ke lokasi kejadian bagi mengenalpasti punca kebakaran berlaku. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI