fbpx

FAM lantik jurulatih Brazil kemudi Malayan Tigress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CORNELLI (kanan) dilantik pengendali skuad wanita menggantikan Soleen (kiri) yang dinaikkan pangkat Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM. - Foto ihsan FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak ketinggalan untuk melakukan revolusi buat pasukan wanita kebangsaan dengan melantik jurulatih import, Joel Cornelli sebagai pengendali baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berkata, pelantikan Cornelli sebagai jurulatih dilihat penting untuk meningkatkan prestasi Malayan Tigress pada masa akan datang.

Kata Suraya, pengendali skuad wanita sebelum ini, Soleen Al-Zoubi diberikan peranan sebagai Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM yang baharu.

“Kami amat gembira dengan kehadiran Cornelli dalam bola sepak wanita Malaysia dan percaya dia boleh membawa pendekatan segar dalam pasukan.

“Cornelli akan mula bekerja dengan barisan pemain pada kem latihan pusat bulan ini sebagai persiapan mengharungi kelayakan Piala Asia Wanita 2026 pada Jun nanti,” katanya.

Sementara itu, Soleen menyifatkan keputusan FAM menaikkan pangkatnya adalah sesuatu yang sukar ditolak terutama dalam usaha mengukuhkan lagi struktur bola sepak wanita kebangsaan.

“Cornelli akan beri tumpuan penuh pada skuad senior sekali gus memberi ruang buat saya fokus pada pembangunan menyeluruh termasuk di peringkat belia, pendidikan jurulatih dan perancangan jangka panjang,” katanya.

Cornelli yang berusia 58 tahun pernah mengendalikan Indonesia, Arema FC selain kelab wanita di Jordan, Etihad Club. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI