SEREMBAN – Seorang penghantar makanan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol teman wanitanya pada Januari lalu.
Tertuduh, Ammar Fadhil Abd Raup, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 10 bulan pada 11 dan 18 Januari lalu antara pukul 11 malam hingga 11.30 malam di sebuah rumah di Taman Cermai Impian, Labu di sini..
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Nurul Balkis turut memberitahu hubungan mangsa dengan tertuduh adalah sebagai teman wanita.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan 17 Jun depan. – KOSMO! ONLINE