fbpx

Isteri tertekan dua tahun tidur sebilik dengan ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila terpaksa tidur sebilik bersama suami dan ibu mentua sejak dua tahun lalu tanpa sebarang ruang privasi sebagai isteri.

Wanita yang dirahsiakan namanya itu berkongsi luahan di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri dengan meninggalkan satu perkongsian kepada pengguna lain berhubung nasib rumah tangganya.

Menurutnya, dia telah berkahwin dengan seorang duda anak satu yang juga anak tunggal lelaki dan tidak pernah tinggal berjauhan dengan ibunya sejak perkahwinan terdahulu.

“Rumah keluarga mentua hanya ada satu bilik. Jadi kami bertiga tidur bersama dalam bilik itu sejak awal perkahwinan. Saya tiada masalah dengan ibu mertua, dia baik orangnya.

“Tapi setiap hari saya seakan-akan stres sebab tiada ruang peribadi. Saya ajak suami pindah, tapi dia tak sanggup sebab ibunya tidak boleh tinggal seorang diri,” katanya.

Wanita itu turut mengakui sedar situasi itu adalah ujian daripada Allah, namun semakin hari dia berasa tertekan dan buntu memikirkan jalan keluar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyarankan wanita itu berbincang secara terbuka dengan suaminya demi keharmonian rumah tangga.

“Luahkan pada suami, cakap nak pindah,” komen @Sakinahali.

“Dah kahwin mana boleh tidur sebilik dengan mak mertua sekali,” kata seorang pengguna.

“Pergi cari rumah sewa yang lebih besarlah. Nak bawa mak sekali pun boleh, janji bilik asing,” ujar @MiQuerida Lee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI