fbpx

Heung-min berisiko terlepas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou memberi amaran buat kapten, Son Heung-min bahawa kedudukannya dalam kesebelasan utama tidak terjamin menjelang aksi final Liga Europa menentang Manchester United pada 22 Mei depan.

Sebagai rekod, Heung-min menjadi salah seorang pemain tunjang Spurs musim ini tetapi terpaksa disisihkan sejak April lepas ekoran kecederaan sebelum membuat kemunculan semula ketika tewas kepada Crystal Palace pada Ahad lalu.

Kata Postecoglou, tiada pemain diberi jaminan untuk berada dalam kesebelasan terbaik dan mereka semua perlu membuktikan keupayaan pada ujian terakhir dalam saingan liga bertemu Aston Villa awal pagi Sabtu nanti.

“Saya risau Heung-min belum cergas sepenuhnya untuk mengharungi aksi final Liga Europa. Kita tahu mana-mana perlawanan final pasti akan ada seorang pemain yang mampu menyerlah seperti Heung-min.

“Namun, saya lebih pentingkan aksi berpasukan dan jika sudah bersedia, dia boleh diturunkan tetapi segala keputusan akan dibuat sebelum hari perlawanan nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Postecoglou mengakui penyerang antarabangsa Korea Selatan itu terdesak untuk meraih trofi pertama bersama Spurs sejak berhijrah daripada Bayer Leverkusen pada 2015.

“Semua pemain mahukan trofi dalam karier profesional masing-masing terutama Heung-min yang banyak berjasa selepas 10 tahun bersama kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI