fbpx

[VIDEO] Anak gajah sempat bermain dengan ibu sebelum dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan anak gajah sempat bermain bersama ibunya sebelum dilanggar di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini semalam.

PETALING JAYA – Anak gajah jantan yang dilaporkan mati dilihat sempat bermain dengan ibunya sebelum dilanggar lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini semalam.

Menerusi video tular dimuat naik @_zaquan_, kelihatan dia sempat merakam anak gajah tersebut ketika melalui jalan itu pada tengah malam.

Ketika itu kenderaannya dan sebuah lagi kereta di hadapan berhenti untuk memberi laluan kepada ibu dan anak gajah tersebut yang melintas.

Selepas memberi laluan, barulah pengguna tersebut melepasi dua ekor gajah tersebut sambil merakam haiwan mamalia itu sempat bermain di celah-celah daun dan pokok di tepi jalan.

“Ni anak gajah yang kena langgar semalam, masa lalu dia main tepi jalan je dengan mak dia,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.3 juta tontonan, 72,800 tanda suka dan 10,200 perkongsian.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap anak gajah berkenaan serta mempercayai lori tersebut membawa laju.

“Awal petang tu, dia sendirian. Saya pun lalui jalan tu. Rasa menyesal tak halau dia balik hutan. Kalau tak, mesti dia hidup lagi,” komen Zuwieta.

“Kalau kereta boleh perlahan kenapa lori tak boleh? Sampai terperosok anak gajah tu bawah lori. Mesti bawa laju sangat,” komen Lim.

“Dia (anak gajah) tak tahu itulah ‘moment’ terakhir dia dengan ibunya,” katanya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan sebuah video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ lori yang dipercayai melanggar mati anak gajah jantan di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu memaparkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam dengan seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan berat tersebut. – KOSMO! ONLINE

@__zaquan__ Ni anak gajah yg kene langar smlm,masa lalu dia main tepi jalan je dgn mak dia #jalangerik #anakgajah #fyp ♬ bunyi asal – __Zaquan__

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI