NEW DELHI – Sebuah keluarga di negeri Barat Bengal, India terkejut apabila menemui seekor ular tikus berlingkar di dalam alat penyaman udara di rumah mereka, lapor portal berita Times of India.
Kejadian berlaku di kejiranan Barasat, North 24-Parganas kelmarin.
Pemilik rumah bernama Tapas Baidya berkata, dia mendengar bunyi aneh selepas anak perempuannya menghidupkan penyaman udara.
“Ketika saya cuba mengesan bunyi itu, saya melihat kepala ular terjulur keluar dari dalam penyaman udara,” kata Baidya.
Dia kemudian menghubungi memanggil jabatan hutan untuk bantuan.
“Ular itu melarikan diri. Haiwan itu dipercayai masuk ke dalam alat penyaman udara untuk mencari makanan.
“Kami kemudian mengeluarkan kulitnya yang tertanggal di dalam unit penyaman udara,” kata seorang pegawai jabatan hutan. – AGENSI