fbpx

Siti Nurhaliza boleh main peranan didik, jadi teladan artis muda – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid hari ini

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin boleh menjadi mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda masa kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan penting itu antara perkara dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya telah menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, bersama suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang mewakili Yayasan Nurjiwa.

“Pelbagai topik telah dibincangkan, antaranya peranan penting yang boleh dimainkan oleh Siti Nurhaliza dalam mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan itu turut menyentuh kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni agar sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI