fbpx
Sebuah teler yang membawa sebanyak 40 tan beras Siam ditahan pihak berkuasa di simpang empat Kampung Manjor, Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN POLIS

Lagi sebuah treler bawa 40 tan beras Siam ditahan di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Sebuah lagi treler yang membawa sebanyak 40 tan beras Siam ditahan di simpang empat Kampung Manjor, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di sini semalam.

Rampasan kedua beras yang dibawa dengan treler dalam tempoh dua hari di daerah ini dijalankan kira-kira pukul 10.30 malam oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dengan kerjasama Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pasukan penguat kuasa menahan treler tersebut selepas mendapati ia membawa muatan yang mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, treler tersebut membawa 40 tan beras putih Siam tanpa sebarang dokumen pengesahan yang sah.

“Dua lelaki tempatan 23 dan 27 tahun dipercayai pemandu dan kelindan ditahan sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Laloh di sini untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat risikan, sindiket itu dipercayai dikendalikan oleh seorang individu dari Kuala Lumpur. Ini merupakan rampasan kedua dalam tempoh dua hari melibatkan modus operandi yang sama,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, barangan rampasan kini dalam proses sitaan oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM550,050 dan kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, cubaan sindiket untuk menyeludup sebanyak 40 tan beras Siam ke negara ini gagal selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah treler di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya di sini kelmarin.

Rampasan dijalankan kira-kira pukul 9 malam semasa anggota PGA menjalankan tugas menerusi Op Taring Bravo 4 di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN