fbpx

[VIDEO] SUV rempuh restoran KFC di Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan SUV merempuh masuk ke dalam restoran makanan segera KFC di Sitiawan, Perak, malam ini.

PETALING JAYA – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh masuk ke dalam restoran makanan segera KFC dalam kejadian yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat di Sitiawan, Perak malam ini.

Insiden itu tular selepas satu hantaran video dimuat naik di laman Facebook Info Trafik Perak yang memaparkan SUV berkenaan berada di dalam premis berkenaan dengan keadaan remuk teruk di bahagian hadapan.

Menurut video berkenaan, kenderaan tersebut dikatakan melanggar lampu isyarat sebelum hilang kawalan lalu merempuh restoran terbabit.

Difahamkan kereta tersebut dipandu seorang remaja dan kejadian terbabit mengakibatkan enam sekeluarga cedera.

Bagaimanapun, keadaan pemandu serta jumlah mangsa yang terlibat masih belum dapat dipastikan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI