PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal yang disaman oleh anggota polis trafik mencuri perhatian orang ramai apabila dia memberikan reaksi bersahaja seolah-olah jumlah saman yang dikenakan amat murah.
Menurut perkongsian di Facebook oleh @Azarryzameriaz, dua anggota polis trafik yang berada di situ tergelak kecil melihat reaksi pak cik berkenaan.
“RM4.50 sahaja,” katanya dalam hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan tertanya-tanya saman apakah yang dikenakan oleh pak cik berkenaan.
“Dia gurau je itu. Ini menampakkan yang pak cik itu tidak kesah kena saman sebab dia tahu dia salah. Cara orang lama bergurau,” kata @Ishraqirffan.
“Ulang kali aku tengok gelagat ‘uncle’ dan abang polis ini. Kena saman pun meriah suasana,” ulas @Faruldinamik.
“Nanti sampai kaunter memang dia akan bayar RM4.50 sahaja, kalau polis minta lebih memang kecoh la nanti,” komen @Jaysdalling. – KOSMO! ONLINE