fbpx

Dua jaguh negara kembali bertarung di One Championship

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOJO bakal turun menentang Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok bulan depan.

JAGUH muay thai negara, Johan “Jojo” Ghazali kembali ke pentas utama ONE Championship dan dijadual menentang petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok bulan depan.

Aksi yang bakal berlangsung pada 7 Jun itu menjadi medan penting buat Johan, 18, dalam usaha memburu kemenangan selepas kali terakhir beraksi pada ONE 170 dengan kekalahan kepada Johan Estupinan.

Meskipun berdepan lawan lebih berusia dan berpengalaman, Johan tetap optimis serta berkeyakinan tinggi untuk berdepan lawan berusia 31 tahun tersebut.

“Tidak ramai yang tahu saya akan berlawan tidak lama lagi, jadi saya rasa ini akan jadi kejutan buat peminat di Malaysia.

“Apapun, lawan yang saya akan berdepan ini adalah seorang berpengalaman, kuat dan saya bersedia untuk turun berlawan kerana saya telah menjalani latihan untuk menanti perlawanan ini. Saya bersedia,” katanya.

Dalam aksi sama, seorang lagi jaguh muda negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib turut mencuri tumpuan apabila bakal turun menentang petarung ‘berbisa’ dari Maghribi, Elmehdi El Jamari dalam kategori strawweight Muay Thai.

Aliff, 21, bukan nama asing kerana telah melakar tiga rekod kemenangan berturut-turut, termasuk KO bergaya ke atas Shamil Adukhov Februari lalu.

Lebih panas, Elmehdi turun dengan misi peribadi mahu ‘balas dendam’ selepas abangnya, Zakaria, pernah tumbang di tangan Aliff sebelum ini.

Dikenali sebagai “The Sniper”, Elmehdi bukan calang-calang lawan malahan dia juga merupakan juara Muay Thai peringkat Arab dan pernah tewaskan Thongpoon PK Saenchai bawah tiga minit di ONE Fight Night 30.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI