fbpx

Polis yakin Pamela masih hidup, berada dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pamela

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin bahawa Datin Seri Pamela Ling Yueh yang diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih hidup dan berada dalam negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya mempunyai petunjuk baharu mengenai keberadaan Pamela.

“Kita ada pentujuk baharu dan sedang melakukan usaha mengesan (Pamela) untuk menentukan dia selamat secepat mungkin. Saya yakin dia masih ada (hidup).

“Ini supaya kita boleh kumpulkan keterangan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Rusdi berkata, setakat ini, tiada pergerakan Pamela dikesan keluar dari negara melalui saluran yang sah.

“Namun, kena ingat ada orang keluar melalui saluran yang sah menggunakan pasport, ada orang keluar tidak melalui saluran yang sah.

“Berdasarkan kepada rekod di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), setakat ini tidak ada pergerakan keluar,” jelasnya.

Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan untuk memberikan keterangan SPRM, Putrajaya sekitar pukul 1.30 tengah hari hingga 2.10 petang pada 9 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan masih berjalan dan setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan suami kepada wanita terbabit adalah suspek selain beberapa individu lain.

Setakat ini seramai 16 individu telah diambil keterangan termasuk suami Pamela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI