fbpx

Penghantar barang edar dadah dicekup dalam hotel bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisam (tengah) menunjukkan barangan rampasan ketika sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Seorang penghantar barang yang aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak dua bulan lalu akhirnya kecundang apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Mohamad di Sitiawan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu diberkas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 5 pagi.

Katanya, hasil soal siasat, suspek kemudiannya membawa pasukan serbuan ke sebuah kereta yang diletakkan di hadapan hotel.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan 16 ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 16.6 kilogram dengan anggaran nilai berjumlah RM51,500.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah selain positif dadah jenis THC atau tetrahydrocannabinol,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Mac lalu dan dadah yang dirampas itu diedarkan untuk pasaran tempatan.

Katanya, jumlah dadah yang dirampas itu dipercayai boleh digunakan oleh seramai 12,000 orang penagih.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI