fbpx
ARSENAL gagal mempertahankan jaringan pendahuluan apabila tewas mengejut berdepan Bournemouth awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arsenal berisiko hilang kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal berdepan risiko dipintas pasukan lain selepas tewas mengejut 1-2 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Walaupun masih kekal di tangga kedua liga, namun pasukan-pasukan seperti Manchester City dan Newcastle United berpeluang memintas kedudukan tersebut memandangkan saingan liga masih berbaki tiga perlawanan.

Kapten The Gunners, Martin Odegaard menyifatkan kekalahan itu sebagai keputusan yang sangat mengecewakan, lebih-lebih lagi mereka gagal mengekalkan rentak terbaik di separuh masa kedua.

“Satu keputusan yang sangat mengecewakan kerana kami memulakan perlawanan dengan sangat baik. Kami juga menjaringkan gol pertama perlawanan dan mampu untuk mengawal permainan dengan baik.

“Bagaimanapun, segalanya berubah apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan. Kami gagal untuk mencari rentak yang dimahukan dan ia menyebabkan permainan kami huru-hara, aksi separuh masa kedua tidak boleh diterima,” katanya.

Pada perlawanan itu, Arsenal membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah, Declan Rice, namun The Cherries bangkit dengan dua gol di separuh masa kedua hasil jaringan Dean Huijsen dan Evanilson.

“Kami perlu melupakan kekalahan ini segera kerana ada perlawanan lebih besar selepas ini. Saya harap semua pemain bersedia kerana pertemuan menentang PSG (Paris Saint-Germain) pasti lebih sukar,” ujar Odegaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN