KUALA LANGAT – “Semua berhak cuti termasuk Rafizi mahu pun saya.”
Demikian respon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa sedang bercuti panjang ketika ini.
Kata Anwar, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu dengan cuti dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanya beberapa hari dan tidak sehingga hujung bulan seperti dilaporkan.
“Apa salahnya bercuti beberapa hari. Bagilah (Rafizi cuti). Tak ada isu. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti. Saya pun belum ambil cuti. Lepas sidang Kemuncak ASEAN, boleh tak bagi saya beberapa hari cuti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra di sini, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR itu didakwa mengambil cuti panjang sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti terutamanya ketika proses Pemilihan Keadilan 2025 sedang berlangsung di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE