fbpx

Pelajar diselamat 2 kali dari gunung dalam seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gunung Fuji. - Foto AFP

TOKYO – Seorang lelaki berusia 20-an diselamatkan sebanyak dua kali di Gunung Fuji, Jepun selepas dia kembali ke kawasan sama untuk mencari telefon bimbitnya yang tercicir.

Pelajar universiti berasal dari China itu ditemukan Sabtu lalu oleh seorang pendaki di trek lebih 3,000 meter di atas paras laut.

“Dia disyaki mengalami masalah berkaitan ketinggian dan dibawa ke hospital,” kata jurucakap polis di wilayah Shizuoka.

Pegawai kemudian mendapati bahawa lelaki itu adalah individu sama yang telah diselamatkan di Gunung Fuji empat hari sebelumnya, lapor badan penyiaran swasta TBS dan beberapa media lain.

Polis berkata, mangsa diselamatkan menggunakan helikopter dari gunung setinggi, 3,776 meter itu pada Selasa minggu lalu.

Namun, dia kembali pada Jumaat lepas untuk mengambil telefon bimbitnya yang tercicir semasa diselamatkan buat kali pertama. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI