fbpx

Azeem terus ‘mengaum’ di bumi AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM mencatat kemenangan pertamanya dalam acara 100m tahun ini pada saingan Tiger Track Classic pagi tadi. - AUBURN TFXC

JAGUH pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi terus membuktikan statusnya sebagai pelari elit negara apabila mencatat masa 100 meter (m) terbaik musim ini di Amerika Syarikat (AS) pagi tadi.

Azeem yang turun beraksi bersama Universiti Auburn, memperagakan larian terbaiknya selepas menjuarai acara berprestij Tiger Track Classic dengan catatan 10.28 saat (s).

Lebih manis, pelari berusia 20 tahun itu berjaya menewaskan dua pencabar utamanya dari Georgia, Brody Buffington (10.29s) dan Micah Larry (10.32s) dalam perlumbaan mendebarkan sehingga ke garisan penamat.

Pengarah Teknikal Kejurulatihan Olahraga Malaysia, Robert Ballard berkata, pencapaian itu amat membanggakan kerana dilakukan dalam keadaan berangin -0.9 meter per saat (m/s).

“Saya gembira melihat Azeem mencatat prestasi terbaik musim ini dengan masa 10.28s walaupun berlari dalam angin bertentangan -0.9. Selepas ini, Azeem dijangka meneruskan latihan persiapan kejohanan lebih besar,” katanya.

Pemenang pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou itu sebelum ini sekadar mencatat 10.33s minggu lalu dalam kondisi angin -0.6 dan membuktikan dia kini berada dalam fasa peningkatan konsisten.

Selepas ini, Azeem akan kembali beraksi minggu hadapan di kejohanan yang berlangsung di Tennessee State University (TSU) sebagai persiapan ke pentas lebih besar.

Untuk rekod, anak muda kelahiran Perak itu masih memegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI