fbpx

4 maut, 500 cedera dalam letupan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP hitam menyelubungi Pelabuhan Shahid Rajaee di selatan Iran, hari ini. - EPA

TEHRAN – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 500 yang lain cedera dalam satu letupan besar di Bandar Abbas, selatan Iran, lapor media kerajaan seperti dipetik Perbadanan Penyiaran Britain.

Letupan berlaku di Pelabuhan Shahid Rajaee pagi tadi (waktu tempatan), menyebabkan tingkap bangunan-bangunan berdekatan pecah dan sekurang-kurangnya bumbung sebuah bangunan runtuh.

Rakaman kejadian menunjukkan orang ramai melarikan diri dari pelabuhan ketika letupan berlaku, manakala sebilangan mangsa yang cedera terbaring di jalanan.

Terdapat laporan orang awam terperangkap di bawah runtuhan dinding.

Kebakaran masih marak di lokasi kejadian dengan gambar-gambar menunjukkan asap hitam menyelubungi pelabuhan.

Menurut laporan, saksi-saksi berkata, letupan berlaku selepas kebakaran kecil di pelabuhan itu merebak ke beberapa kontena terbuka menyimpan bahan mudah terbakar, berkemungkinan besar bahan kimia.

“Api merebak pantas dan mencetuskan letupan,” kata seorang saksi kepada media tempatan.

Penduduk turut melaporkan mendengar bunyi letupan itu beberapa kilometer jauhnya.

Shahid Rajaee merupakan pelabuhan komersial terbesar di Iran dan terletak dalam wilayah Hormozgan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI