fbpx

Nak anak, selebriti terkenal terpaksa guna ibu tumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAEDAH mendapatkan zuriat melalui ibu tumpang bukan lagi perkara asing dalam era serba moden ini.

Di Malaysia mungkin hampir jarang kedengaran kaedah ini kerana dilarang untuk umat Islam. Namun, di negara luar terutamanya di barat, kaedah ini semakin popular, malah dipraktikkan ramai golongan selebriti. 

Trend ini turut berjangkit dalam kalangan selebriti Bollywood yang mendambakan kehadiaran cahaya mata. 

HibGlam senaraikan enam bintang terkenal Bollywood yang pernah menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat. 

Shah Rukh Khan 

Pada 2013 Shah Rukh dan isterinya Gauri memutuskan untuk menambah ahli keluarga.

Mereka menggunakan kaedah ibu tumpang memandangkan usia Gauri mencecah 43 tahun. Maka lahirlah anak ketiga mereka iaitu Abram Khan. 

Terdahulu, Shah Rukh dan Gauri dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan.

Karan Johar 

Belum berkahwin tetapi pengarah dan penerbit filem terkenal Karan Johar memilih untuk memiliki zuriat sendiri melalui kaedah ini. 

Karan menggunakan khidmat wanita berkulit putih yang melahirkan anak kembarnya, Roohi Johar dan Yash Johar pada Februari 2017.

Aamir Khan 

Sama seperti rakannya, Shah Rukh, Aamir menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan anak kerana isterinya ketika itu, Kiran Rao pernah mengalami keguguran sehingga sukar untuk hamil lagi. 

Anak lelaki mereka, Azad dilahirkan pada Disember 2011. 

Preity Zinta 

Pelakon jelita berlesung pipit, Preity Zinta memilh menggunakan kaedah ibu tumpang berikutan faktor usia. 

Preity menyambut kelahiran anak kembarnya iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough pada November 2021. 

 

Shilpa Shetty 

Dikenali sebagai pelakon bertubuh cantik, Shilpa telah menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat keduanya, Samisha yang dilahirkan  Februari 2020. 

Anak sulungnya, Viaan dilahirkan sendiri oleh Shilpa pada 2013.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI