fbpx
Gambar hiasan

Banyak sektor mohon dibuka akan diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permohonan untuk lebih banyak sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan diteliti bersandarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima banyak permohonan daripada operator serta pemilik premis perniagaan untuk beroperasi ketika PKP.

Beliau berkata, semua permohonan berkenaan akan diteliti oleh KKM, kementerian dan agensi berkaitan, sebelum sebarang kelulusan diberikan untuk beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Ramai yang memohon, termasuk kedai cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun, justeru itu kita tidak akan tolak begitu saja. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN