fbpx

Kandungan terbaik CMG untuk penonton Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kandungan terbaik CMG seperti The Heritage Guardian, Aerial China, Edisi Xinjiang, Up and Out of Poverty, China Traditional Medicine Conference, China Race to the Future dan Gen Z Talks disiarkan menerusi siaran Bernama TV, TV Alhijrah, Coolita dan 8TV.

PETALING JAYA – Objektif untuk memperkukuh hubungan baik dua hala antara Malaysia dan China semakin rancak dilaksanakan apabila kandungan terpilih terbitan Kumpulan Media China (CMG) mula disiarkan menerusi beberapa platform media utama negara ini.

Perkara tersebut juga dilaksanakan sempena lawatan selama tiga hari Presiden China iaitu Xin Jinping ke Malaysia pada 15 hingga 17 April lalu.

Menurut Timbalan Menteri Jabatan Publisiti Jawatankuasa ‘CPC Central Committee’ (CPC), Shen Haixiong, penyiaran beberapa program dan kandungan tersebut adalah inisiatif penting dalam memperkukuh pertukaran budaya serta mengeratka. hubungan persahabatan antara dua negara.

“Menerusi siaran dokumentari dan program premium, penonton Malaysia berpuang memahami lebih mendalam mengenai visi Xi Jinping termasuk tentang usaha membasmi kemiskinan, menghidupkan layanan mesra rakyat dan kekayaan budaya di China.

“Semua ini bertujuan memberikan gambaran menyeluruh mengenai China moden sebagai sebuah negara yang boleh dipercayai dan dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Haixiong bertegas, China dan Malaysia sudah lama menjalin hubungan diplomatik yang baik.

“Pada tahun lalu, semasa perbincangan antara kedua-dua pemimpin, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar memperkukuh pembinaan masa depan antara China-Malaysia.

“Dua pemimpin itu juga saling menyokong matlamat pembangunan masing-masing,” ujarnya lagi.

Antara kandungan terbaik CMG seperti The Heritage Guardian, Aerial China, Edisi Xinjiang, Up and Out of Poverty, China Traditional Medicine Conference, China Race to the Future dan Gen Z Talks disiarkan menerusi siaran Bernama TV, TV Alhijrah, Coolita dan 8TV.

Penyiaran kandungan kreatif tersebut juga adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan CMG untuk memperkenalkan produksi berkualiti tinggi negara mereka kepada penonton Malaysia sekali gus memperkaya landskap media dan mengeratkan lagi hubungan budaya antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI