fbpx

Gadis maut jatuh dari tingkat 11 kondominum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang gadis berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11, sebuah kondominoum di Tanjung Tokong di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian terjun bangunan kira-kira pukul 4.05 petang tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati seorang wanita warga tempatan berumur 20 tahun telah meninggal dunia di tingkat bawah kondominium tersebut.

“Si mati disyaki terjatuh dari rumahnya di tingkat 11 kondominium yang sama.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Mayat si mati telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya di sini, sebentar tadi.

Tambah beliau, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut telah dibuka untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI