fbpx

Tonto jangan besar kepala ugut anggota JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) merasmikan gimik peluncuran Hari JPJ Ke-79 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kementerian Pengangkutan memberi amaran kepada tonto atau kumpulan samseng supaya tidak menghalang atau mengugut anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan penguatkuasaan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, anggota JPJ mewakili kerajaan Malaysia dan sebarang gangguan terhadap mereka merupakan satu tindakan mencabar kedaulatan undang-undang negara.

“Kita tidak akan tunduk kepada segala ugutan. Ini mesej yang saya mahu berikan secara jelas kepada tonto-tonto di luar sana. Mungkin mereka dilindungi atau diupah. Anggota JPJ hanya menjalankan tugas,” katanya semasa berucap dalam majlis peluncuran sambutan ulang tahun Hari JPJ Ke-79 di sini hari ini.

Siew Fook berkata, beliau memberikan keyakinan kepada anggota JPJ supaya menjalankan tugas tanpa rasa takut serta tanpa kompromi walaupun ada pihak tidak selesa dengan penguatkuasaan yang dibuat terutama dalam kalangan pengusaha-pengusaha kenderaan berat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI