fbpx
HYUN BIN

Hyun Bin mahu kahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS sebulan Hyun Bin membuatkan peminat gembira apabila mengesahkan dirinya bercinta dengan aktres Son Ye-jin, timbul khabar angin terbaharu berkaitan hubungan pasangan serasi itu.

Baru-baru ini, timbul laporan mendakwa aktor kacak itu baru sahaja berpindah ke Guri, di wilayah Gyeonggi selepas membeli sebuah vila mewah.

Kediaman berkenaan berkeluasan 2,490 kaki persegi dan dilaporkan dibeli dengan harga 4.8 bilion won (RM17.3 juta).

Laporan Ilyo Newspaper mengatakan bahawa Hyun Bin membeli kediaman mewah berkenaan sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga bersama Ye-jin.

Bagaimanapun, agensi VAST Entertainment dalam satu kenyataan ringkas menjelaskan bahawa khabar angin berkenaan tidak betul sama sekali.

“Pembelian kediaman mewah berkenaan bukan untuk persediaan alam rumah tangga Hyun Bin. Kami tidak dapat mengesahkan maklumat lanjut kerana ini melibatkan privasi dirinya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN