fbpx
SALINA mengucup wajah anaknya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Kulai semalam. Gambar kecil Norhazim dan Nor Alif Ikhwan

Sambutan hari jadi bertukar majlis tahlil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kedatangan Aidilfitri pada tahun ini disambut pilu buat pasangan suami isteri apabila dua anaknya maut dalam kemalangan tragis di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Teng­gara di sini kelmarin.

Dua beradik itu, Norhazim Kamaruzaman, 17, dan Nor Alif Ikhwan, 16, maut selepas motosikal jenis Yamaha Y110 dinaiki mereka melanggar lubang sebelum terjatuh ketika dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang, Bandar Penawar di sini pada pukul 8.20 pagi.

Menurut Kamaruzaman Omar, 53, dia dan isteri, Salina Abdullah, 47, tidak dapat mena­han sedih memandangkan mereka terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini dalam keadaan pilu apabila kedua-dua anak itu pergi menghadap Ilahi.

“Sepatutnya, malam kelmarin (21 Mac) adalah sambutan hari lahir Norhazim, kami cadang nak buat sekali dengan Nor Alif yang sambut ulang tahun kelahiran pada 15 Mac lalu, kami rancang nak sambut sekali selepas waktu berbuka semalam (kelmarin).

“Namun, Allah SWT sebaik-baik perancang, mereka dijemput dalam bulan baik hari yang baik hari Jumaat. Jadi kami tidak berkesempatan untuk raikan hari jadi mereka.

“Kami buat tahlil sedikit selepas selesai kedua-dua jena-zah anak kami disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Inas lepas solat isyak kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Kamaruzaman berkata, dia tidak melihat banyak perubahan ke atas anak keempat dan kelima daripada lapan beradik itu melainkan Nurhazim yang berubah daripada seorang yang aktif kepada lebih banyak diam dan tidur.

“Norhazim seorang anak yang aktif, suka membantu saya, ikut pergi buat kerja semasa cuti sekolah hujung minggu.
“Dia juga suka bergaul, tetapi sejak akhir-akhir ini lebih banyak mendiamkan diri dan tidur.

“Kita beranggapan itu perkara biasa memandang ketika ini bulan Ramadan, mungkin dia letih berpuasa,” katanya.

Mengimbau kembali sebelum kejadian, Kamaruzaman berkata, semasa hari kejadian, dia tidak dapat menghantar ke­dua-dua anak­nya itu ke sekolah kerana ada urusan kerja di Batu Pahat.

Katanya, pada kebiasaannya mereka berdua menunggang motosikal ke sekolah pada setiap hari, namun jika hari hujan dia atau isteri akan menghantar ke sekolah dengan kereta.

“Nak naik bas atau van sekolah memang saya tidak mampu bayar.

“Seorang perlu bayar RM350, kalau dua orang RM700, saya kerja pun pendapatan tidak menentu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN