fbpx

ACLE: JDT yakin tewaskan Buriram United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT perlu memburu bekalan selesa pada aksi pertama menentang Buriram di Thailand sebelum aksi kedua di SSI nanti.

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio optimis mampu mengalahkan Buriram United dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Buriram, malam esok.

Bidoglio menjangkakan berdepan tentangan sengit kelab dari negara Gajah Putih itu, namun yakin Harimau Selatan akan membawa pulang bekalan selesa menjelang aksi timbal balik pada 11 Mac di Stadium Sultan Ibrahim nanti.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, JDT sudah melakukan persiapan rapi menjelang pertemuan itu dan bersedia untuk mempamerkan ‘belang’ mereka berdepan skuad Thunder Castle itu.

“Saya tidak mahu berselindung kerana misi kita adalah jelas untuk meraih kemenangan, ini penting buat JDT untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir ACLE.

“Kunci kejayaan itu adalah untuk mengawal permainan dan sentiasa berada dalam kawasan mereka dalam tempoh 90 minit permainan. Ini akan memberi tekanan buat mereka dan menunggu peluang tepat melancarkan serangan ke gawang lawan.

“Justeru, pemain perlu berdisiplin bagi memastikan taktikal ini berjaya. Kita juga perlu bermain dengan kompak supaya tidak memberi ruang kepada Buriram untuk melakukan serangan balas pantas,” ujarnya.

JDT berdepan dengan pasukan kendalian Osmar Loss itu dalam aksi kumpulan Zon Timur ACLE, Disember lalu, namun kedua-dua pasukan akur dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu dicemari insiden kekasaran dengan tiga kad merah dilayangkan pengadil perlawanan dalam aksi 90 minit itu.

Sejak pertemuan itu, JDT akan turut dengan senarai pemain berbeza menerusi kehadiran beberapa pemain import, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Anselmo Moraes dan yang terbaharu, Samu Castillejo.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI