fbpx

[VIDEO] Pemandu lori brek rosak terpaksa elak treler, rempuh Alza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Pemandu sebuah lori terpaksa membuat keputusan dalam masa singkat bagi menyelamatkan nyawanya serta pengguna lebuh raya yang lain setelah didapati brek kenderaan tersebut rosak.

Melalui satu klip video yang tular di media sosial ketika ini, sebuah lori terpaksa mengubah laluan ke lorong tol yang lain bagi mengelak merempuh sebuah treler yang berada di hadapannya.

Namun, lori terbabit tetap merempuh sebuah kereta Perodua Alza yang masih berada dalam lorong tol Touch ‘n Go (TnG).

“Mungkin lori itu ada masalah brek, dia buat keputusan untuk mengelak merempuh treler bagi memastikan dia tidak tersepit.

“Maka dia bertindak masuk lorong RFID kerana melihat sepupu saya telah melepasi palang tersebut.

“Tetapi kereta pemilik kamera papan pemuka (dashcam) dirempuhnya juga kerana masih berada dalam lorong tersebut,” jelas video itu.

Jelas video tersebut lagi, orang ramai diminta untuk tidak mengecam pemandu tersebut kerana kita tidak berada dalam situasi beliau.

“Jangan kecam kerana dia yang ada dalam situasi tersebut, semoga dipermudahkan situasi semua mangsa terlibat,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI