fbpx
ALIARIES dilaporkan hilang dan gagal dikesan sejak 27 Januari lalu sudah pulang ke rumah semalam.

Merajuk punca Aliaries meninggalkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Parit Keroma, Ayer Baloi, di sini, sejak lima hari lalu telah pulang ke rumahnya semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, Mohd Aliaries Md. Jani, 48, sepanjang meninggalkan rumah pada 27 Januari lalu, dikatakan menumpang di rumah kawannya di kawasan Benut.

Menurut beliau, adiknya, Hamilah Md. Jani, 46, memberitahu abangnya dikatakan meninggalkan rumah kerana berlaku sedikit perselisihan faham di dalam keluarga dan merajuk.

“Kes Orang Hilang (OH) ini telah selesai dan Mohd Aliaries telah pun balik ke pangkuan keluarganya dengan selamat pada petang semalam,.” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kosmo! pada 31 Januari lalu telah menyiarkan kehilangan Mohd Aliaries yang menyebabkan adiknya membuat laporan di Balai Polis Ayer Baloi selepas abangnya yang masih bujang itu dikesan bujang.

Sehubungan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat kerana membantu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Mohd Aliaries.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN