fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Facebook.

‘Jackpot’ satu rumah hantar berbelas parcel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kurier berkongsi pengalamannya menerima tempahan berbelas barang untuk dihantar ke sebuah rumah, yang dianggap sebagai ‘rezeki besar’ bagi dirinya.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Ashraf Kurier, dia menyatakan bertuah apabila menerima pelanggan yang membuat pesanan dalam jumlah banyak, sekali gus memudahkan kerja penghantaran.

“Untunglah selalu dapat pelanggan pesan barang macam ni, rezeki geng kurier kalau pelanggan pesan berbelas barang satu rumah,” tulisnya di hantaran tersebut.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, terutamanya dalam kalangan pekerja kurier lain yang berkongsi pengalaman serupa.

“Jackpot rumah 25 semua barang besar-besar, siap dapat tips lagi dari tuan empunya. Memang rezeki! Dulu masa jadi kurier kat kawasan kilang, jackpot lagi, 88 kilang. Betul-betul beruntung!,” kata FK Awe.

“Rupanya, satu pengalaman menyeronokkan! Setiap kali kurier hantar banyak barang ke rumah saya, saya akan minta maaf kerana menyusahkan. Tapi, barang tetap selamat sampai,” ujar Simpul Kasih Pembekal.

“Saya juga pernah terima lebih daripada sepuluh bungkusan dalam satu penghantaran. Saya sangat hargai usaha kurier. Jika menggunakan perkhidmatan pembayaran tunai, saya pasti akan membayar lebih sebagai tanda penghargaan,” kongsi Dodol Durian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN