Tisyia suka tidur awal, habiskan masa tonton Netflix dan main pickleball.

Tisyia ada impian besar, suka lelaki penyayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gadis pilihan Pesona Ahad minggu ini, Nur Dayana Batrisyia Faizul, 24, mempu­nyai satu impian besar iaitu mahu mengelilingi dunia di sam­ping belajar keindahan alam dan budaya orang lain.

Bagi mencapai impiannya itu, dia yang mesra dipanggil Tisyia sedang ‘menabung, selain bercita-cita mahu menceburi bidang perniagaan.

Graduan Universiti ­Selangor (Unisel) ini berkongsi tentang diri­nya yang mementingkan kesihatan mental dan suka bermain pickleball kepada Kosmo! Ahad.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan tentang diri anda?
Tisyia: Seorang yang simple. Walaupun muka nampak garang, tapi ba­nyak cakap dan sejenis suka gelak. Ramai orang ingat saya ini extrovert sebab mudah mesra tapi sebenarnya saya seorang introvert dalam diam.
Tisyia suka duduk rumah layan Netflix sebab itu cara saya reset semula energy.

Cabaran paling susah pernah dilalui?
Keluar dari zon selesa seperti bercakap depan ramai orang terutama dalam pekerjaan. Ketika itu, saya rasa takut, overthinking dan mahu mengalah. Tapi saya cuba pecahkan cabaran itu jadi langkah kecil, fokus satu perkara pada satu masa. Saya belajar ba­nyak daripada orang berpengalaman, tanya pendapat dan terima komen untuk perbaiki diri.
Saya percaya, kalau tidak mencuba, kita tidak akan tahu yang kita boleh buat. Walaupun susah, cabaran itu mengajar saya untuk lebih yakin dan sedar kita lebih kuat dari yang disangka.

Aktiviti masa lapang?
Main pickleball, memang ba­nyak masa dihabiskan dengan keluarga bermain permainan ini. Malah ia salah satu cara untuk kekal aktif dan luangkan masa bersama yang tersayang.

Nasihat untuk diri?
Jangan terlalu risau tentang apa orang fikir, jadi diri sendiri. Nikmati hidup dan ambil setiap peluang yang datang. Selalu
ingatkan diri agar nikmati detik-detik kecil sebab itu yang akan menjadi kenangan paling best nanti.

Ciri-ciri lelaki pilihan?
Lelaki pilihan asalkan dia pe­nyayang, bertanggungjawab, supportive dan boleh rapat dengan keluarga.

Tisyia lima tahun lagi?
Mahu buka bisnes sendiri dan bina keluarga. Kalau rezeki lebih, mungkin travel keliling dunia dan tempat pertama dituju Lake Como, Itali.

Kongsi tips kecantikan?
Tisyia memang jenis yang suka tidur awal, mungkin sebab itu muka nampak lebih fresh sebab cukup rehat. Selain itu, banyak minum air dan pastikan kulit sentiasa lembap.

Pengajaran terbesar dalam hidup?
Belajar lepaskan apa yang kita tidak boleh kawal. Dulu, Tisyia jenis overthinking semua benda nak fikir, semua benda nak perfect. Tapi lama kelamaan Tisyia sedar, hidup ini tak semua benda akan ikut perancangan kita.
Lagi satu, Tisyia belajar yang self-love tu penting. Kalau kita tidak menjaga mental, fizikal dan emosi, maka kita tidak boleh beri yang terbaik untuk diri dan orang lain. Hidup ini singkat, jadi kita perlu hargai setiap perkara dan detik, hargai orang sekeliling dan jangan takut buat silap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN