fbpx

Reman tujuh individu kasari polis dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reman ke atas tujuh individu dilanjutkan selama dua hari sehingga 23 Januari ini.

GEORGE TOWN – Reman terhadap tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong Ahad lalu disambung lagi dua hari.

Tempoh reman dilanjutkan sehingga 23 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi mengesahkan lanjutan reman ke atas tujuh individu berusia 23 hingga 45 tahun terbabit.

“Polis telah mendapat tempoh lanjutan reman ke atas suspek di Mahkamah Jenayah Majistret pagi tadi sejurus reman ke atas mereka selama tiga hari mulai Selasa lalu tamat hari ini.

“Kertas siasatan berhubung kes tersebut telah dimajukan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan pendakwaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI