fbpx
KEBAKARAN hutan di Los Angeles satu malapetaka.

Pawana Santa Ana tiup malapetaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perang Gaza meletus apabila Israel melancarkan pencerobohan darat susulan serangan rentas sempadan oleh pejuang-pejuang Hamas pada 7 Oktober 2023 dan berterusan hingga ke hari ini.

Sepanjang tempoh lebih setahun, banyak kawasan di wilayah berkeluasan 360 kilometer persegi itu, khususnya Bandar Gaza, hancur akibat bedilan dan pengeboman tentera Israel.

Tentera Rejim Zionis menggugurkan lebih 70,000 tan bom ke atas wilayah kecil itu, mengakibatkan lebih 47,000 penduduk Palestin terbunuh setakat ini, namun angka korban sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.

Dalam tempoh lebih setahun itu juga, Semenanjung Gaza musnah ibarat padang jarak padang tekukur.

Namun, baru-baru ini atau lebih tepat pada Isnin minggu lalu dan beribu-ribu kilometer jauhnya, beberapa api besar terbentuk dan merebak.

Ia membakar negeri California khususnya daerah dan pinggir bandar raya Los Angeles.

Sama sekali di luar jangkaan, api yang terbentuk menjulang tinggi dan merebak dengan cepat, memusnahkan apa sahaja yang menghalang laluannya.

Setakat Jumaat lalu, keluasan api yang membakar, meliputi kawasan 150 kilometer persegi dengan sekurang-kurangnya 11 kematian dicatatkan dan lebih 10,000 kediaman serta premis perniagaan hangus.

Sebilangan kejiranan seperti di Altadena, Palisades, Mandeville Canyon dan daerah sekitar Los Angeles menjadi padang jarak akibat kebakaran dahsyat ini.

Skop kemusnahan yang mengambil masa lebih setahun akibat kezaliman manusia di Gaza menimpa kota metropolitan Los Angeles dalam masa tiga hari sahaja.

Dalam masa cuma tiga hari, kediaman mewah kelompok selebriti dan hartawan di Los Angeles dibakar lidah api yang menjulang hingga jatuh menyembah bumi.

Sepanjang tempoh itu juga, lebih 180,000 orang hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah.

Tidak dinafikan, kebakaran hutan berlaku saban tahun di California seperti musim tengkujuh di Pantai Timur sedangkan kebakaran sebelum ini saiznya jauh lebih besar daripada sekarang.

Namun, api pada tahun yang terdiri daripada lima hingga enam kebakaran besar, dianggap paling dahsyat. Tanpa belas kasihan ia menyebabkan kemusnahan paling besar dalam sejarah moden Los Angeles.

Lebih dahsyat, bencana mirip kemusnahan total ini berlaku tanpa sebutir bom pun meletup.

Sebaliknya, yang dihantar adalah pawana bernama Santa Ana. Angin itu bertiup kencang sehingga membentuk puting beliung api dinamakan firenado.

Santa Ana membadai negeri California saban tahun dan kali ini ia membawa bersama malapetaka dahsyat di Los Angeles.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN