fbpx
Kediaman yang didominasi warna coklat tampak berseri dengan kehadiran warna hitam pada perabot tertentu.

K2

‘Suntikan’ hitam dalam tata hias tambah seri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMILIKI kediaman yang cukup estetik dengan konsep tersendiri sememangnya menjadi impian setiap pemilik kediaman.

Aspek hiasan dalaman meliputi warna utama, jenis dan saiz perabot serta susun atur bersesuaian dengan keluasan kediaman adalah cukup penting bagi menjadikan konsep pilihan berjaya diterjemah dengan sempurna.

Apabila bercakap tentang pemilihan warna, rona natural atau asli seperti coklat, hitam dan putih sering mendominasi ruang kediaman memandangkan warna-warna sebegini memberikan efek tenang dan mendamaikan pada rumah.

Bagi pasangan suami isteri dikenali sebagai Fatin dan Safwan, rona natural disifatkan cukup memikat hati untuk diterapkan pada kediaman intermediate dua tingkat milik mereka yang terletak di Shah Alam.

Ujar Fatin, kediaman empat bilik tidur dengan tiga bilik air itu menampilkan rona coklat sebagai rona utama yang diserikan dengan tambahan rona hitam bagi menghasilkan efek kontra pada kediaman.

“Konsep kediaman pilihan saya adalah moden kontemporari.

“Kami sukakan tona warna natural dengan tambahan warna hitam yang juga merupakan warna kegemaran saya bagi menghasilkan efek kontra atau bertentangan,” kata Fatin.

Rona hitam dipilih Fatin untuk diterapkan pada beberapa perabot utama kediaman seperti sofa pada ruang tamu dan juga kerusi makan keluarga.

Bagi menjadikan rumah tampak selesa dan cozy, Fatin memilih lampu dengan pencahayaan hangat yang bersesuaian konsep keseluruhan rumah.

Ruang meja makan keluarga pula dihias ringkas dengan penggunaan kerusi dan meja makan rekaan moden.

Sudut itu juga diserikan dengan beberapa bingkai gambar berukuran kecil sebagai menambah karakter pada ruang makan yang ringkas.

Kongsi Fatin, sudut meja makan adalah sudut kegemarannya pada kediaman itu.

“Ruang makan didominasi oleh dua rona kegemaran saya iaitu hitam dan juga warna asli kayu.

“Ia juga merupakan ruang kegemaran saya memandangkan ruangan ini merupakan ruangan tumpuan tetamu yang datang ke rumah,” ujarnya.

Bercerita tentang ilham menghias kediaman, Fatin berkata, dia dan suami banyak mengambil inspirasi menghias rumah daripada aplikasi

Pinterest dan juga menerusi kelab-kelab dekorasi rumah di Facebook.

Mengulas tentang kos dekorasi rumah, wanita itu berkata, dia membelanjakan sekitar RM40,000 untuk kerja-kerja menghias kediaman tersebut termasuk membeli perabot dan pengubahsuaian pada dapur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN